Berjuang bersama-sama

Advertlets

Baca Jika Ada Segelumit Iman di Dada

Posted on 11/05/2010 10:05:00 PM by 4RM14

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Jom Belajar Bahasa Terengganu Dengan Cara Yang Mudah.. Haa...

Posted on 11/01/2010 12:57:00 PM by 4RM14

KISAH AMING GI SEJID

Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak,  mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale,  baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia.   Nok buwak gane , budok dua  taung , dok tahu ke mende.  Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming  uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh,  jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia,  sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.

Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse.  Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..

Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.”   Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.

Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau.  Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat  abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.

Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid.  Ayoh dia saoung  slow-slow  “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”.  Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming.  Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang  bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok  Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan.  Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi  jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.

Bersambung….

Please Help Me!!!

Posted on 10/30/2010 03:18:00 PM by 4RM14

Help!!!
Help!!!
Help!!!
Anda semua kene tolong amik peluang ni sebelum terlambat..
Tak mendapat kesusahan..
Tak mendapat kesukaran..
Anda hanya perlu click link dibawah ni..

Kemudian anda hanya perlu daftar..
Begitu mudah..
Apabila anda bangun esok hari
anda akan mendapat duit saku yang ada sendiri tidak sangka..
Peluang hanya datang sekali..
Rebut la peluang ini.. mungkin anda tidak akan menyesal..
Jika berminat, ini link nya . .

Sorry la quality gambar teruk sikit.
Pape pun korang try la ye.. Xrugi pun..


kalau da kena...

Posted on 10/18/2010 08:26:00 PM by 4RM14

padam la muke
sape suruh xhati-hati
kan da kene
to be continue..


cermin diri

Posted on 10/10/2010 02:55:00 AM by 4RM14

sebelum tido malam ni
aku terpikir
jikalau aku dilahir bukan di dalam keluarga
bukan beragama islam
ush!!
xdapat aku gambar kan


tapi
aku sangat beruntung
aku dilahirkan keluarga yang islam dan bahagia

Idola HidupKu
Insan KesayangK

!
!
";"


thank to both of them
I love them so much
and
I appreciate what they have done to me
thanx dad
thanx mom
you have done such a great job
My Beloved Dad "n" Mom

xOxO
Persoalan Yang Belum Terjawab

!
!
";"

"al-Kisah Murtabat"

Posted on 10/10/2010 02:22:00 AM by 4RM14

setelah dua hari
aku berpenat lelah
aku mendapat pengalaman yg ckup bes giler

Teka La Aku Ngah Masak Apa
 pengalaman berniaga
sepatutnya aku bersama kawan-kawan yg lain
konvo
tapi aku simpan konvo aku tu untuk lepas degree nti
yela
wakpe la konvo kerap-kerap kan
haha

Pape pun lepas ni aku da boleh bukak busnes da
hehe
xd la aku jdi siswazah mengangur

korang sume.. nk jdi busnes partner x?
 
!
!
";"
  









supernatura seanson 6

Posted on 10/02/2010 07:10:00 PM by 4RM14

Fresh as New
Ha.. kalau korans semua nk tau..
Cite ni aku minat habis la..
Bukan sebab aku percaya menda-menda karut tu..
Tapi suke jalan cerita dia..

Season 6 da kuar da.. jom ah layan
siapa-siapa yang minats..
sama-sama follows..

Mencari Unta di Banjaran Titiwangsa

Posted on 10/01/2010 12:44:00 PM by 4RM14

halu..
halu..
halu..
salam sejahatera kepada sume blogger dluar sana serta ddlm sini...
saya actually nk mintak tlong dengan blogger-blogger sume..
boleh bagi suggestion tak kat mane nak download torrent
yang paling priority cerita melayu la..
movie ke, drama ke...
movie-movie english pun nak jugak...
kalau yang tahu mengenainya
share-share la ye..
sharing is caring..
hehe..
hope someone can help me with this..
mudah | easy

awak... jom couple..

Posted on 9/30/2010 11:04:00 AM by 4RM14

nape tiap kali jupe awek cun je mesti dalam bus...
tiap kali dalam bus je mesti jupe awek cun...
takkan la jodoh aku nanti aku jupe dalam bus..
adeh!!

someone.. 
takde ke yang nak tulis novel...
"CINTA DALAM BUS"

Hanya untuk Tatapan

seposen...

Posted on 9/25/2010 09:05:00 PM by 4RM14

gambaq amik kat webcam tadi
comel x?
hahaahaha
poss sekali seumur hidup je nih

wish

Posted on 9/22/2010 03:42:00 PM by 4RM14

wish?
what your wish for?

everybody have a wish rite?
including me..

wish have beautiful house 
wish could be a successful man
wish could have gorgeous wife
wish have a interesting journey life

********


Shooting star | Time to make a wish

.......

but
wish something... just something can be tru..
and something it just stay as wish

i don't want live this life by belief
that someday my wish can be tru

i want through it by stay in reality

belief in my self
belief what i can do
belief what i can archive

so my heart can beat and say to me
"i love u"

     

mamam = makan

Posted on 9/21/2010 10:26:00 PM by 4RM14

ptg td wa gi pizza hutz au..
dengan dak-dak kelas wa..
wa sampai ngan diorang kat restoran tu kan
wa order la pizza
haruslah kan order pizza kan, xkan nk order dunkey donat lak kan..
btw dunkey donat tu aku xpenah makan la kan..

yang terbaek nye...
dak-dak class wa xctual nk wat jamuan raya yang paling special kat pizza hutz tu...
sekali diorang bwk kuih raya, air sendiri..
amik lu..
wa xsempat lak nk amik gambar sb syok sgt mkan...

haha..
ni first pengalaman wa gi pizza hutz makan kuih raya..
anyway meriah gak la walaupun sedikit rasa gugup gak...

besh gak wat giler kan skali skala..
dulu member wa selalu kebas sos cili kat kfc
amik gambar n sambil raba-raba patung kat mall..

lepas ni apa lak keje giler wa leh lalui..
tuk korang..

cube-cube la..
haha..
hidup ni kadang-kadang takle skima sangat..
xbesh..
enjoy..

tapi jangan la sampai lebih-lebih lak un..
bab kata nabil af4 tu,
lu pikir la sendiri kan..

Modread - Neeruza Ozawa

Posted on 9/20/2010 12:15:00 AM by 4RM14

Bergetar
Detik arah perjalanan
Ini pun kehendak
Oleh penawanan perasaan

Yang menghilang
Mampu membawa rasa
Yang telah pun tenggelam
Kepada dia yang tidak pernah ada

Kasih tiada daya
Menutup mataku
Walau aku tahu oh hatimu
Kerana dirimu masih
Melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku

Oh pergilah
Satu hidup bahagia
Yang telah pun tertewas
Dengan satu kesalahan
Yang mungkin di maaf
Perasaan ini seperti
Telah pun mati
Hanya jasad aku berdiri sendiri

Dia yang telah tiada
Hilang di mataku
Walau aku tahu oh hatimu
Cukuplah sekadar satu
Senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku

Kasih tiada daya
Menutup mataku
Walau aku tahu oh hatimu
Kerana dirimu masih
Melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku

Dia yang telah tiada
Hilang di mataku
Walau aku tahu oh hatimu
Cukuplah sekadar satu
Senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku

1st time dapat award..

Posted on 9/19/2010 11:00:00 PM by 4RM14

thank...
thank...
thank...
dapat award lak arini...
da la Manchester United menang dengan Berbatov hatric...
terbaik harini...
Kredit 2 Lia

take a deep breathe

Posted on 9/19/2010 12:27:00 AM by 4RM14

dalam perjalan datang ke kolej
aku teringat la kat member-member yang xccindent
diorang da selamat kembali ke rahmatullah..

masa diorang da tiba.. masa kita bila entah..
entah malam ni.. entah pagi besok..

dalam kita sedar tak sedar..
kita da sampai kat penghujung da
Sea | End Of This Road

ha..
korang yang asyik gelak sampai kat umah jiran sebelah dengar tu..
cuba-cuba bawak btendang kejap..

bila da sampai kat sini
macam mana keadaan kita lak lepas ni kan...
WILL SHOOT | if turn back
pada blogger, doa-doa kan untuk aku ye..
moga-moga terampun dosa-dosa aku yang macam pasir kat pantai..
sob4!!!

silent or senyap??

Posted on 9/17/2010 03:44:00 AM by 4RM14

yang berjalan ttibe bhenti
yang bercakap ttibe tdiam
yang slow ttibe laju
yang comel ttibe hodoh

adakah ini perasaan dilamun cinta?
ha.. ttibe cinta op..
btw ni bukan pasal cinta atau pun dato' susilawati al fonso de marte

before A turn to B
i would like to ask something..
ha.. aku skeping btw..

teruk sangat ke bile orang handsome kentut?
mcm mane lau gadis comel yang kentut?

tu la persoalan nye.. 

anyway untuk entry tu tadi member aku ada tanye..
mane lagi sepi?
silent or senyap

tu je kowt.. jerit dulu!!! aa..
ok da.. 
-exit-

aku-maluuu

Posted on 9/15/2010 08:36:00 PM by 4RM14

6syawal bersamaan 15 sept 

aku mengambil kunci kereta seperti biasa untuk keluar pada hari itu,
dengan bergaya aku mengena kan cermin mata hitam gelimat yang tersangkut didalam kereta,
"bismillahirahmanirahim" aku memulas kunci kereta yela xkan nk pulas handbrake plak,
ttibe... 
telepon ku berbunyi,,, trruutt....
haa.. mesti korang xpenah dengar handphone korang bunyi macam tu kan..

aku angkat la
xsempat aku nak mengeluarkan huruf a untuk bertanya kan siapa
"siap...", terus tputus...

dengan gentlemen aku cuba call back nombor tadi..
tapi hampa la jugak kerana kreditku sudah menghampiri angka RM0.01

aku pun meluncur kereta ku dengan laju ke kedai top up yang berhampiran
sesampai nye aku di kedai tersebut aku melihat seorang gadis yang tersangat la comel
dengan tanpa belas kasihan aku bertanya kepada gadis tersebut

"hurmm,top up kad RM 10 ada x?"
"sorry la abg, saya bukan penjual, saya datang pun beli top up ni"

"oh, sorry-sorry... maaf la ye nak cepat"
"xd pape"

agak kemalu - maluan jugak la aku di ketika itu
btw ketika itu la jugak sorang gadis gempal keluar..
dan untuk mengelak kan masa ku terbuang disitu
aku meneruskan niat ku untuk membeli top up
aku pun bertanya la kepada gadis gempal tersebut

"top up kad RM10 ada x?
"kad xd, kene tulis dalam buku ni"

aku pun tanpa berlengah-lengah lagi terus menulis nombor telepon ku
sambil mencuri-curi melihat gadis yang comel itu tadi
selesai aku menulis nombor phoneku, aku memanggil gadis gempal tadi
menyatakan yang aku sudah menulis nombor phoneku dengan jumlah top up yang aku inginkan

tapi dengan slumber dan bergaya dia menyound kepada ku

"bang, ni macam nombor i/c jer"

aku pun melihat kembali..

ttibe aku terasa agak sengal dan senget...
maksud aku kemaluan aku berada di tahap yang kritkal
aku dengan pantas membetulkan nombor tu kepada nombor phone aku
dan terus bla dari situ.. huhuuhuhu... sengal!!!!



haha... memang betul kowt, aku pi tulis no i/c..
aduyai.. ni semua salah gadis tu.. nape la time aku nak top up dia standing kat situ

aduiyai... pengalaman raya keenam yang xdapat dilupakan...

Tu lah, Makan banyak sangat

Posted on 9/14/2010 12:21:00 PM by 4RM14

Korang tau perkara yang paling best sekali buat masa hari raya ni..
betul aku cakap...
kalau korang xbuat perkara ni, memang merana seumur hidup la korang...

mende ni tak ada kaitan pun pasal raya...
@
kuih raya 
@
lebuh raya 
@
jalan raya 
@
bunga raya 
@
balai raya 

ni ha..
Korang Penah ke Bagi Dia Makan

ha.. ni la dia.. melabur la lepas sehari beraya..
memang best giler..
kadang-kadang tu xsempat nk proses agi.. 
sebijik kuih keluar ha.. tu dia...

Tu dia.. | Don't Try dis at Home

haha.. anyway nasihat eden...
kalau da merasaq kedatangannye tu, cepat-cepat la melabuq...
jangan sampai terciciq plak..
hahha..

(sorry nk habaq mai, cakap utaro ni hah)

Iklan

Posted on 9/11/2010 10:24:00 PM by 4RM14

AMARAN!!!
Ini bukan iklan racun serangga..

jauh di sudut hati aku, terasa yang kemeriahan raya tahun ni da agak pudar...
even aku penat melayan tetamu yang ttibe datang myerbu bagai ikan kap dicampak makan di dalam kolam
korang dapat teka bape orang datang ke rumah ak
Pasangan Yang Datang Beraya
ini je yang dapat aku gmbar kan kemeriahan pada pagi raya...
nampak mcm kurang meriah kan.. 
actual xmeriah sbb diowg yang datang awl ni xpergi semayang raya...

tp lepas tu berduyung-duyung pasangan seliper lagi datang parking kat depan tangga rumah aku...
seperti adibah nor diselubungi peminatnye.. ha.. mesti korang xkenal kan adibah nor..
btw adibah nor tu pemain bola jaring simpanan negara...

letih tu jangan cakap la kan.. 
tapi terubat juga apabila terdapat juga segelintir anak dara - anak dara suntik yang datang beraya....
sempat juga la aku menyihat kan mata aku dengan menahan kerdipan mata untuk melihat keindahan ciptaan tuhan yang paling indah...
tp ramai-ramai yang datang semua aku xsempat nak ajak bergambar atau pinjam phone untuk miss call ke nombor aku...
adik bongsu aku jugak yang dapat bergambar...
Ingat Muda-mudi Jer Yang Romantik
anyway raya pertama aku jadi pelayan jer... nasib bek dapat wit raya... hahaha...
thank kepada semua yang bagi wit raya kat aku yup..
hehe..

oooiiiii!!!!????

Posted on 9/10/2010 02:36:00 AM by 4RM14

makk!!!! tgk la ni...ooii!!!!.. sape curi seliper raya aku... pulang kan la blk....
nape curi sebelah jer..
RM2.25 | ADIBAS

Rumah Terbuka!!??

Posted on 9/09/2010 10:43:00 PM by 4RM14

Xletak agi ke kuih muih dalam sampul duit?
ha... 
ni salah satu tip yang maybe dapat mbuka selera orang yang datang beraya di rumah anda...

anyway, i da prepare umah tbuka tahun ni.. jemput la datang ye..
memang terbuka betul ni..
xcaye?
RuMaH TerBuKa | Semua Dijemput Hadir
kan da cakap.. sume tbuka.. even atap pun xsempat nk letak lagi..
btw akk dalam gmba tu jiran jkk kg..
kebetulan i mintak dia post..

Lepas tu, dia menangis tharu..
lalu ha dia bgi kuih raya nih..
Oringinal by hand beb
lau nk rasa jemput la datang rumah ye..
btw tomolo is friday.. don't forget go to mosque ok... 
tu je.. bye...

lambaian....

Posted on 9/09/2010 03:53:00 AM by 4RM14

hey awk!!!?
hey hari esok!!!?
hey sume!!!?

kenape ada 3 jer hey kan... kenape x 4 atau 6... kenape xsebut 5.. 
sume nye mesteri kan...
mungkin bile anda tengok gambar ni bleh merungkai mesteri ni..
Peace
sudah terungkai mesteri tadi?
tak?
x?
lambai ah jap kat depan skrin..
ttibe kan.. 

anyway.. cau...

kat manakah garis lurus di huruf T

Posted on 9/08/2010 02:16:00 PM by 4RM14

ha...
haha...
kalau mu tau jawapan kepada tajuk tu cube la tanye menteri penerangan negeri sembilan ataupun jkk kampung nebong tebal ataupun mungkin penjaga tiket parking di Giant ataupun Mydin..

hah.. warna-warni x.. meriah op? meriah ah aku rasa btw...

in addition, selepas aku berlari disepanjang jalan sentol ke SSJ dan meyelamatkan pakaian dalam mas edayu yang jatuh didalam longkang telah memberi kan aku idea untuk terus berkarya dan terus berkarya.. 

thus, anda pikir tiada kaitan diantara kisah-kisah yang aku taip ni dengan idea untuk aku berkarya kan..
Tahniah Untuk Anda
   haha... segan ase sebab aku nk ucapkan tahniah kepada diri aku sendiri sebab berjaya mewarnai blog aku supaya tampak sedikit meriah... anyway jangan lupe tnye pasal huruf T tadi ye..
ok la ni.. thank google sebab sudi searh apa yang aku cari...
finally,,,
kalau anda ragu-ragu esok raya ke tak cube la sms astro center mungkin dia akan cube mengunkai persoalan anda itu.. 
daa...

Jom!!?

Posted on 9/08/2010 06:58:00 AM by 4RM14

Jom?!! nak gi ane der...
tengok anak bulan kew...
dan2 jer nk gi tengok anak bulan...
korang xyah sebok-sebok la teropong anak bulan tuh...
dia nih da tolong teropong tuk korang...
dalam sedar xsedar da nak raya kan..korang sedar x? ke dalam kedaan koma..
atau gadis dalam koma? atau simbol koma?
nape bukan tanda seru atau titik bertindih?

mane-mane je la kan.. kan? anyway a.k.a btw kalau esok hari raya @ lusa hari raya, saya disini ingin myusun sepuluh jari tangan ditambah sepuluh jari kaki memohon maaf andai... andai... andai...
andai ada silap dan salah...



Maap ye.. Xde wit raya...
 disamping itu juga ingin mengucap kan selamat hari raya la pun...
datang la beraya di rumah saya nanti yeh...

Menulis blog dengan bergaya,
Selamat hari raya...

2,3,4 kucing main kira-kira
da besar-besar pun nk mintak duit raya



Lalu lalang....

Posted on 9/07/2010 02:54:00 PM by 4RM14

Ting Tang x2 alexander... ( sedutan dari dialog johan dalam capalrela e6 )
tp aku bukan la nak cerita pasal cerita tu... yang tu kalau korang nak tau korang tengok sendiri la kan...

sempena ni hari selasa kan... aku nk tanye la korang..

nak tanye la kat korang satu benda ni kan.. kalau korang xkisah la kan.. xkisah kan.. kan.. kan..
korang kalau masuk kat restoran nih apa yang korang akan buat??
mesti korang ketawa... tapi sebab apa korang nak ketawa lak kan masuk restoran..
orang masuk restoran nak makan la kan...
tapi kat restoran nih ada kelainan skit dari segi penampilan dan gaya signboardnye.. nape... anda xtau.. ingin tau?
jom kite selam tengok pemandangan dalam gambar nih...

Jangan Ketawa La | Only in Malaysia
Aku da agak da.. mesti korang gelak kan... xpun gelak dalam hati kan...
Tp korang jangan la gi torai menjamu selera plak.. sebab ni bukan selera korang.. haram AUW...
haha... hahaha... hahaha... hahaha... hahaha...
da puas ketawa.. xpuas... betul xpuas? lantak korang la... ada aku kisah... haha.. haha...

belum habis lagi menghayati gambar tadi..
sekarang kite selam gambar yang kedua plak...
yang ni tokey kedai tu fanatic giler kat signboard nih...
siang malam tengok kat signboard.. bab kata pepatah yang tak kan patah nih...
makan signboard, tido signboard, mandi signboard.. da mcm gf/bf da...
Order - Order | Available in Malaysia
apa pendapat korang... waduh2.. gawat2...
mesti pelanggan dia yg masuk tandas nih leh pikir nak order apa time ngan melepas tu kan...
haha... korang jangan la pikir pelik - pelik lak.. sebab ni hasil kekretifan tokey kedai ni...
apa yang korang leh buat untuk menandingi tokey kedai nih...

tu je la kowt aku nk kongsi ketawa kecik di tengah hari ni..
apa definition bagi ketawa kecik nih...
ketawa xbesar la kan... lantak korang la..
cauu...

Akak a.k.a abang comel

Posted on 9/06/2010 02:49:00 PM by 4RM14

mase kat bazar semalam... tcetus la dialog antara ak ngan "akak" yang ngah jual kuih tradisional.. "Akak" tu ttibe mgluarkan suara sperti penjaga gua dalam cerita ahmad albab tu.. agak hilang gak la selera nk beli kuih kat situ dsebabkan pyamaran yang hampir-hampir mjerat mane-mane lelaki yang datang untuk mcuci mata.. tp xp la, nasib bek xlari tune telinga ak nih dengar suara rock "akak" tu.. btw,ak terlupe lak apa name kuih tu.. so korang cube la selami apa yang da berlaku...

Aku   : Akak, nk kuih ni 1kg...
"Akak" : 1kg, mu nk buat kenduri arwah ke..
Aku   : Da yang akak letak label tu RM 2.50-1kg, da la tu kuih favorite kak...
"Akak" : Mu gop ni, tu label hok kedai sebelah la terbang jatuh kat kuih akak ni hah..  

*mesti mu sume xpenah beli kuih 1kg kan.. cube ah beli mane tau dapat murah kowt....

Membakar ayam dibulan puasa mermelukan keimanan yang tinggi

So moral of the story jangan la kita boros membeli belah dibazar ramadhan sbb tak semua label-label yang ada kat kuih tu betul...

Jom petang gi bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka yelah takkan membeli perabot court mammoth plak kowt... btw kepada kaum-kaum adam, jangan la dtipu oleh aweq yang comel kerana besar kemungkinan anda akan hilang selera untuk bbuka apabila mengetahui aweq yang anda mengorat di bazar tadi adalah spesis anda juga..

balik kampung!!?

Posted on 8/30/2010 05:28:00 PM by 4RM14

Siapa Punye Seliper Ni!!!

Siapa dah balik kampung?? kirim salam kat Jkk kampung masing-masing..

aarrrgghhh!!!
tu bunyi sebab bukan tak dapat balik kampung, tp xdapat balik awal-awal..
nape la lecture rajin jugak nak buat kelas lepas cuti hari merdeka...

pape pun jom layan spontan s2e13...

btw, selamat m'yambut hari merdeka... jangan plak lupe nk gi solat terawih...

Jom sejenak....

Posted on 8/17/2010 02:33:00 AM by 4RM14

Sebab apa manusia cipta nombor bermula dari 1.. bakpe bukan huruf b atau z.. atau simbol ! opp..
dan kenapa plak huruf2 kat laptop tu diorang panggil keyboard sbb ap xpanggil pembaris atau beg duit..

mesti berpikir sejenak sebab apa aku tulis mende ni sume pada waktu2 gini opp...

Aku nak mengimbau kenang lama2 waktu zaman kite muda2 dulu jap. mase zaman sekolah kita main roba, batu selambut, tudung botol, tah kejor, tah nusuk, main bola lipar, bola katok... mesti sume ni mu penah alami dulu oppp...kalau dop penah memang rugi ah zaman kanak-kanak mu sume... 

Kenangan Pertama

Ni ah roba | scientific name PEMADAN

Roba... Tu la menda yg paling hebat penah aku jupe masa aku sekolah rendah... tak kira roba tu sekerat ke, nak patah ke mesti sume orang nak sebab boleh roba kalau salah tulis masa buat latihan dop pun buat main lawan dengan orang lain... da macam berlaga ayam plok... permainan tu ringkas je peraturan ye, kene main atas permukaan yang flat dan pemenang ditentukan bila roba pemain tu melompat sebelum menindih roba pemain lain. memang syok ah main ketika tu sebab sape-sape yang menang mesti boleh buat koleksi... penah tu aku kumpul sampai beg yang aku bawak gi sekolah penuh dengan roba, bukan dengan buku... hahahaha....
sape nk lawan, jom... ada berani!!!

Kenangan Kedua

Idola masa zaman sekolah
Kalau sebut je doremon siapa yang tak kenal. kalau sape tak penah baca memang rugi ah TORA AMAN  oppp... sebab pe, sebab orang tak beli komik ye. biar ah ke ye op... tapi bukan pasal tu aku nak sharing ngan korang sume... mesti mu sume pelik opp sebab apa ada ayat "ngan korang" tadi opp... tapi bukan pasal tu gop aku nak share sebenor. mesti masa baca komik ni dulu nak ada doremon kat rumah ye sebab ye boleh dapat macam-macam oppp.. mu sume mesti nak gop dulu oppp? adop ke? mesti ada gop skit oppp... skit je opp... malu lop nk ngaku... 

aku rase tu je ah sempat aku bawak kenang silam sejenak... mesti dop banyak kaitan oppp pemadam/roba dengan komik doremon opp... ke mu rasa ada kaitan... cube mu kaitan kan... mu dapat ke.. cube tanye lecture yang ajar subject matematik.. mesti dia pelik gopp oppp sebab apa mu tanye dia.. 

p/s : dapat gop aku update blog dtengah2 malam btemankan mood yg boring giler baban nih...

Related Posts with Thumbnails