Berjuang bersama-sama

Advertlets

"tiba-tiba aku tersenyum tanpa aku sedari..."

Posted on 8/01/2011 06:25:00 PM by 4RM14

Banyak perkara yang berlaku tanpa kita sendiri sedari. Beberapa hari sebelum ni, aku cuba menerangkan dengan baik perkara yang berlaku pada pihak berkaitan tentang salah faham yang berlaku, tetapi disebabkan rasa ego dan cepat marah yang berada didalam diri menyebabkan proses tu tak dapat berlaku secara baik. Sebelum sempat aku nak menerangkan perkara sebenar, rasa marah sudah menguasi diri. Jadi tanpa aku sedar mungkin aku ada ucapkan kata-kata yang mungkin akan cetuskan rasa marah itu makin membuak-buak.

Itu salah satu kisah yang berlaku pada aku. Bukan aku saja yang pernah mengalami situasi seperti ini, mungkin ramai sahabat-sahabat kita diluar sana juga mengalami perkara ini. Macam mana cara untuk mengelakkan perkara ini berlarutan? Semasa perkara ini terjadi pada aku, aku cuba mengalah dan larikan diri dari tempat kejadian kerana aku rasa itu perkara terbaik yang boleh aku lakukan. Mungkin anda semua mempunyai solution yang lagi bernas daripada aku.

Aku jenis yang suka memendam perasaan mungkin dengan menaip seperti ini dapat membantu aku untuk sharekan apa yang aku pendamkan. Matlamat untuk aku berkongsi kisah ini bukan kerana untuk meminta simpati atau saja-saja, aku berharap dapat mengingatkan diri sendiri untuk menghadapi perkara yang akan datang. Sudah sampai masanya kita ke peringkat seterusnya menggunakan akal pikiran dan pengalaman hidup  untuk menghadapi kehidupatan akan datang.

cuba kerana ia bukan mudah untuk dilakukan

Dalam banyak-banyak pertolongan, aku tidak berharap daripada yang lain melainkan daripada berdoa kepada Maha pengampung dan Maha penyayang kerana Dia lah satu-satunya tempat aku mengadu dan aku yakin akan pertolonganNya.

InsyAllah, kerana semuanya berlaku tanpa kita sedari....

p/s : berharap supaya sedikit sebanyak dapat meluangkan masa dengan berguna kerana kita selalu membuang masa tanpa kita sedari. apa kata anda?

3 desas-desus:

shahrul nizam said...

kesian nye kat abg mia..memendam rase n luahkan lam blog

Ckin Kembaq said...

bersabar dan carilah penyelesaian terbaik naa.. ^_^

ch000tz said...

jangan amalkan senyum sorang2 nnti org ingat tak betul pulak heeheh :p


http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/kucipta-kepulauan-buatmu-hahahah.html

Related Posts with Thumbnails